Air Terjun Sekayu - Khazanah Alam Semulajadi Terengganu

Wah..baru2 ni haziq pergi camping dan berkelah di sekayu, best sangat pergi ke sana, sekayu terbahagi kepada 2 bahagian iaitu air terjun sekayu dan taman pertanian.

TAMAN PERTANIAN SEKAYU:
Taman pertanian sekayu menjadi tumpuan pada hujung minggu,dalam taman pertanian ni terdapat kolam untuk aktiviti berkelah disamping itu,taman pertanian turut menyediakan tapak berkhemah, jika berkunjung pada musim buah, anda mungkin berpeluang untuk menikmati buah-buahan seperti rambutan,duku dan langsat

AIR TERJUN SEKAYU
Air Terjun Sekayu adalah berhampiran dengan taman pertanian sekayu, disini haziq menyewa tapak perkhemahan yang cukup lengkap dengan perbagai kemudahan, chalet-chalet turut disediakan kepada pengunjung untuk berkelah dan bermalam di Sekayu, pengunjung boleh menikmati khazanah dan keindahan alam di Terengganu ini,di dalam taman pertanian ini juga terdapat taman orkid. Berikut adalah senarai perkhidmatan dan harga sewaan perkhidmatan yang disediakan:-
  1. Chalet = RM50 untuk 1 malam
  2. Tapak Khemah = RM2 untuk seorang peserta
  3. Jungle Trekking = RM50 untuk seorang
Untuk Mengetahui tempat ini dengan lebih lanjut..awak semua hendaklah datang sendiri ke Sekayu..hehe..hutan lipur dan taman pertanian Sekayu adalah khazanah alam yang tidak terdapat di tempat-tempat lain,hanya di Terengganu